03 December, 2012

Macam2 ragam...

Lama tul tak update kat sini...he..he...
sekarang ni sudah 20 minggu dah...jap je rasanya.dah bulan 12 pun. x lama lagi nk masuk tahun 2013. Sungguh cepat masa berlalu.umur pun makin meningkat.
Danish skrg ni manja nya blh la tahan.kena sabar n kuat2 je. Sebab asyik nk dukung je kejenya. Budak nk dpt adik memang camtu katanya. Manja nya terlebih. xpe la....nanti dh dpt adik dia dh berkongsi ibu...(tapi ibu ttp takkan abaikan danish) insyaAllah....akan cuba yang terbaik. xnak dia rasa terabai n tersisih.kena wat persediaan fizikal n mental utk menghadapi karenah 2 orang anak lepas ni. Moga aku diberi pertolongan dan kekuatan dari NYA utk jadi yg terbaik utk keluarga ku....amin :)
Semlm adalah ari ahad (02/12/12) 1st time aku g jalan2 berdua dgn danish jek...hu..hu...kami kuar umah kul 11 lebih.xde g mana2 pun, cuma g BP Mall jek.sian lak kat danish asyik duk umah jek.nak cuba bawa dia jln2 tanpa ayahnya. Alahamdulillah, danish pandai bawa diri. xde meragam pun kat sana. kami jalan2 jek.xde beli pape pun. sebab danish nak mainan, jadinya kena elakkan kedai mainan la...he..he...nasib anak ku itu makan dipujuk.dh penat jalan2 kami g mkn.mula2 nk mkn kat pizza hut tp org terlalu la ramai n xde bangku kosong, jadi terpaksalah g mkn kat tempat lain. Akhirnya mkn kat MK...mkn bubur n mee goreng n kentang wedget. tp last2 mee goreng dibawa balik....sebab ibu danish dh kenyang...he..he...org tamak kan :D
dalam kul 2.30ptg kami gerak balik. Baru dlm 10 minit, danish dh tertido. penatnnya anak ibu tu...sampai umah dlm kul 3 gak la. danish terus sambung tido....baiknya anak ibu tu....GOOD BOY....
Danish, ibu sayang danish....nanti lain kali, klu ibu sihat n xde halangan, kita jalan sesama lagi ye.yg penting danish ok cam semlm, insyaAllah ibu leh bawa :)

30 July, 2012

Cerita Pasal Danish

Arini ari yg ke 10....alhamdulillah masih lagi mampu berpuasa n memberikan susu utk my luvly son a.k.a danish :) walaupun susu tidaklah sebanyak mana...dh sudah top up susu segar tp saya masih lagi membekalkan susu ibu utk danish. Susu segar hanya la sebotol sehari n jika ari tidak bekerja dia masih diberi susu ibu...saya cuba yang terbaik n itulah yang termampu.

Bercerita pasal anak mmg x abis kan...:) sabtu tido umah bawa danish tido umah neneknya (tanpa incik suami). Bila kat umah nenek mmg la dia main sahaja...tido pun x mahu...tp asyik nk duduk dgn ibu je..hu..hu..sikit2 ibu kena duk dgn danish je...n ptg tu balik umah dalam kul 3..kena balik gak coz nanti dia ngamuk xtido siang...sampai umah dalam kul 4 ptg...buka kan tv n saya ke dapur kemas dapur skit...then dia ke dapur ajak ke depan...so tinggal kan keje kat dapur n teman dia tgk tv. actually saya pun ngantuk gak...bagi dia susu n dia baring kat ats sofa sambil tgk tv.saya pun duduk kat sebelah dia n tertido..penat nyer pasal...he..he..(penat apapun x tahu...) tetiba tersedar n tgk danish dh tertido sambil duduk...alaaaa...siannya anak ku itu...trus baringkan dia n ibunya ni pun tido la sekali kat sofa tu...he..he...anak beranak tido kepenatan...ha..ha..sedar2 dekat kul 6 dah...baru nk bangun danish pun bangun gak...kepanasan kan...semlm ari sgt panas..then mandikan dia (ibunya pun mandi sekali) sudah sgt panas n x larat lak rasanya...kul 6.45 g umah mak (utk berbuka kat umah mak) coz pak long danish balik ajak buka sama2...kena la dtg kan...bukan selalu...mlm kul 9.30 blik umah coz isnin kan hari keje :D

Danish sudah makin byk patah perkataan yg dia pandai sebut...antaranya
Bu = Ibu
Yah = ayah
Neknek = nenek
pap = karipap
bahbah = labah-labah
broom2 = moto
bas = lori n bas
tok mak n tok ayah
dukduk = duduk
dan byk lagi la...bijak tul itu anak...cepat pandai kan budak2 ni...tersenyum sendiri bila ingat telatah danish..comel sgt...he..he..

Danish...ibu dan ayah syg danish byk2...moga danish jadi anak soleh dan membesar dgn sihat...amin....

tgh asyik main...(tgk kaki tu,siap bersilang lagi :D)

budak ini main bedak....ibu dia kat dapur basuh pinggan lepas berbuka...comel tak :)

tgh layan boboiboi....


22 June, 2012

Pujian...


Semua org mesti sgt suka di puji..mana ada org x suka kan...he..he...saya ada terbaca sesuatu yg agak menarik utk di kongsi dan juga utk peringatan bagi diri yang selalu terlupa ni.

Pujilah anak-anak kita.jgn menyesal bila mereka sudah tiada kelak.masa tu la kita baru baru sibuk nk puji-puji mereka.semua tu dh xberguna lagi.Dan elakkan memuji anak-anak didepan org lain kerana dikhuatiri akan menyebabkan riak di hati kita dan juga mungkin menyebabkan org lain merasa rendah diri.Juga pujian mestilah dilakukan di depan anak2 kita tu...berilah penghargaan kepada mereka.mereka perlukan penghargaan dari org2 yang mereka sayangi..dan sebagai ibu, saya ingin menjadi org pertama yang memberi penghargaan kepada anak2 saya (buat masa ni saya baru ada seorg anak saje...he..he..) saya mahu mereka mengetahui yang saya menghargai semua yang mereka lakukan dan walaupun apa yang mereka buat itu tidak menepati apa yg saya ingini. Yang penting mereka melakukan yang terbaik utk diri sendiri,keluarga serta tidak melakukan yang menyalahi batasan yang ditetapkan...
Moga diri ini mampu menjadi ibu yang terbaik...belajar dari pengalaman,pemerhatian n pengalaman org lain...tak nak anak2 terasa diri mereka tidak disayangi n di hargai...klu blh nak mereka sentiasa meletakkan ibu,ayah n family sentiasa di hati,bukan hanya sentiasa tp yang pertama di hati...amin...

15 June, 2012

Manusia......


Namanya pun manusia...ada mcm2 karenah n perangai.tiada manusia yang sempurna...begitu juga dengan diri ini yang sentiasa lupa n lalai....kadang2 kita lupa bila kita sudah senang...leka,lalai dengan kesenangan n kegembiraan yang sedang di kecapi...lalu bila ditimpa dengan musibah n dugaan, baru lah kita kembali ingat n terduduk....bila ditimpa dengan ujian n dugaan dari Allah, maka ingat lah bahawa DIA merindukan kita n nak kita kembali mengingati NYA....DIA rindu nk dengar rayuan,tangisan n segala buah bicara dari kita di kala sedih n tiada tempat mengadu....tangisan di malam hari di kala insan lain sedang enak di buai tido...hati ini teringin utk kembali melalui saat2 tangisan di mlm hari....bukan bermakna aku ingin ditimpa musibah...cuma diri ini mohon diberi kekuatan utk mendekatkan diri kepada MU...mengadu dan terus mengadu pada MU....dan moga diri ini terus mengingati MU di tiap ketika dan waktu......insyaAllah.....

Nak share ilmu dan juga untuk rujuka saya di masa hadapan....:)

Tumbesaran bayi pada tahun pertama berlaku dengan pantas. Oleh itu  tenaga (kilojoules) dan nutrisi yang banyak  diperlukan pada peringkat ini.  Bagimanapun, dalam proses pembesaran bayi anda, selera  makan mereka kadang-kadang sukar dijangka. Jumlah kuantiti pemakanan dan makanan kegemaran bayi mungkin berbeza. Ini adalah normal dalam proses pembesaran bayi anda.

“Weaning”
Pada peringkat ini, bayi anda akan mula diajar dengan makanan pejal, ataupun “weaning”, iaitu peralihan daripada minuman susu sahaja kepada pemakanan makanan pejal. Pada umur 12 bulan ke atas, bayi anda sudah bersedia untuk diberi makan makanan seisi keluarga.

Pengenalan makanan pejal pada umur 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Makanan pejal haruslah diberikan pada peringkat usia yang sesuai. Bila bayi anda berumur 6 bulan, kandungan zat besi bagi bayi anda adalah agak rendah, dan makanan tambahan diperlukan untuk mengelakkan masalah kekurangan zat besi bayi anda. Mulakanlah memberi makanan pejal kepada bayi anda apabila mereka berusia 6 bulan – bergantung kepada perkembangan bayi anda.
Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal. Ada dikalangan ibubapa yang mula memberi makanan pejal kepada bayi mereka seawal usia 4 bulan, dengan harapan agar bayi mereka akan cepat kenyang, membesar dengan cepat and tidur dengan selesa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Peningkatan alahan makanan (bayi belum bersedia untuk menerima  makanan pejal)
  2. Tumbesaran bayi terbantut, sekiranya susuibu/susu formula (diganti dengan makanan pejal)
  3. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna.

Jangan terlalu melambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi
Adalah penting untuk tidak melambat-lambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi, di mana ia akan mengakibatkan kepada:
  1. Proses tumbesaran terbantut kerana kekurangan tenaga
  2. Anaemia (kekurangan zat besi dalam kandungan darah)
  3. Masalah untuk makan, terutamanya bagi bayi yang berusia 7-9 bulan yang masih belum diberi makanan pejal.


    Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal
    Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:
    1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
    2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
    3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
    4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
    5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan


      Kebolehan memakan
      Apabila bayi anda berusia 9-12 bulan, bayi anda sudah mempunyai beberapa kemahiran pemakanan termasuklah:
      1. Menunjukkan minat untuk makan sendiri
      2. Kebolehan untuk mengunyah makanan
      3. Kebolehan menggunakan pinggan untuk makan
      4. Makan dengan  bebas dengan sedikit bantuan oleh ibubapa


        Persediaan fizikal untuk makanan pejal
        Proses pembesaran anggota fizikal badan bayi anda berkembang dengan pesat  apabila bayi mencecah usia 4-6 bulan. Ini menunjukkan tubuh badan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal, di mana proses ini termasuklah:
        1. Sistem penghadaman – enzim penghadaman membantu menghadam makanan pejal
        2. Sistem immunisasi – sistem pertahanan badan mula berkembang
        3. Mulut dan lidah – bayi anda sudah mula boleh memasukkan makanan di dalam mulut dan menelan dengan selamat.
        4. Kepala dan leher – bayi anda sudah mula mengimbangi kepala mereka (tegak) untuk proses menelan.
        5. Buah pinggang – buah pinggang bayi anda sudah mampu menampung  peningkatan cecair yang dihasilkan oleh pengambilan makanan tersebut.

        Tanda-tanda bayi anda kekenyangan
        Tanda-tanda bayi anda tidak minat kepada makanan atau sudah kekenyangan, bukan sahaja berlaku apabila bayi anda menutup mulut atau mengalih perhatian apabila diberi makanan, bahkan kadang-kadang bayi anda akan menangis atau menolak sudu makanan mereka.
        Sekiranya ini berlaku  pada kali pertama, ibubapa haruslah bertenang dan cuba lagi pada waktu yang lain.
        Ketika pertama kali memberi makanan pejal, kemungkinan bayi anda akan cuba memuntahkan makanan tersebut, lama-kelamaan bayi anda akan mula menelannya.
        Adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan saat pemakanan mereka adalah menggembirakan.

        Panduan untuk memberi makanan pejal
        Jangan letak makanan pejal di dalam botol  Tetapi haruslah diberi dengan menggunakan sudu saiz kecil. Panduan pemakanan pejal adalah seperti:
        1. Tenang dan bersabar apabila memberi makanan pejal kepada bayi anda
        2. Pastikan bayi anda duduk dengan selesa
        3. Makan bersama dengan bayi anda
        4. Bersabar ketika memberi makanan kepada bayi anda
        5. Bersedia kerana bayi anda mungkin akan membuat selerak ketika proses belajar makan makanan pejal
        6. Sentiasa bersama bayi ketika makan untuk mengelakkan kemungkinan tercekik
        7. Cuba lagi sekiranya bayi anda menolak pada kali pertama
        8. Tunggu sehingga beberapa hari sebelum memberi makanan pejal baru.


          Cadangan makanan pejal pertama bayi
          Makanan pejal pertama boleh disediakan dengan mudah di rumah tanpa sebarang garam, perisa atau gula. Makanan tersebut hendaklah dilenyek dengan sempurna, tetapi anda mungkin menukarnya selepas beberapa bulan. Antaranya:
          1. Mulakan dengan memberi makanan sejenis sahaja
          2. Berikan bayi anda makanan cereal yang banyak mengandungi zat besi
          3. Kemudian, sayuran dan buah-buahan
          4. Berikan daging dan ayam bagi gayi berusia 7-8 bulan.
          5. Minuman susu bagi bayi berusia kurang 12 bulan adalah susuibu atau susu formula. Bagaimanapun, anda boleh juga memberi susu segar lembu, yogurt dan makanan cereal bagi bayi berusia 7-8 bulan
          6. Elakkan sebarang bentuk makanan keras seperti kacang atau bahagian sayuran keras, yang mana boleh mengakibatkan bayi tercekik
          7. Jus buah-buahan  citrus tidak sesuai untuk bayi

          Memperbagaikan Bentuk Pemakanan
          Makanan pejal bayi anda haruslah dilenyek dengan sempurna, disamping itu ianya boleh disediakan dalam perbagai bentuk pemakanan seperti:
          1. Makanan ‘finger food’ sepeti carrot yang dikukus..buah buahan kukus
          2. bagi satu sudu kecil untuk bayi gunakan sementara anda menyuapkannya makanan yang sama
          3. Galakkan bayi anda minum menggunakan cawan
          4. Ubah dari memberi puree kepada makanan lenyek
          setelah berusia 12 bulan ke atas bayi sudah bersedia untuk variasi makanan lain.


          Memperkenalkan susu lembu segar
          1. susu lembu segar bukanlah tandingan kepada susu ibu kerana mengandungi zat besi yang agak rendah, ia hanya boleh diberi kepada bayi setelah berusia lebih dari 12 bulan.
          2. Bawah usia 12 bulan hanya susu ibu yang sesuai untuk bayi(atau any formula yang parents dapati sesuai dengan anak)
          3. susu lembu mengandungi lebih protein, garam, pottasium, dan kalsium berbanding susu ibu yang mana ini akan memaksa buah pinggang bayi yang belum matang bekerja kuat..ini membahayakan bayi.
          4. susu lembu segar hanya boleh dicampur di dalam makanan bayi selepas bayi berusia 7 bulan dalam kuantiti sedikit atau berikan bayi yogurt
          5. susu bukanlah makanan utama jika bayi sudah berusia 1 tahun ke atas..kena bagi makan makanan lain seperti daging dan sebagainya.


          Makanan yang tidak sesuai bagi bayi bawah 12 bulan
          1. madu – risiko jangkitan kuman
          2. teh – memotong zat vitamin
          3. kekacang – masalah tercekik atau alahan
          4. makanan rendah lemak – kekutrangan nutrisi penting

          05 April, 2012

          Berjalan sudah.....

          03 April 2012 (Selasa)

          Hari ni cukup bermakna utk saya dan juga danish...he..he...coz my son sudah blh berjalan sepenuhnya tanpa perlu dipimpin lagi...:) best kan...sebelum ni xnak tu...jalan mesti nk ada yg memegang.paling laju adalah tolak keta dia tu...saya suka..saya suka...lepas ni ayahnya blh belikan kasut mahal skit coz dh digunakan utk berjalan...:)
          agak penat gak la bila dh dapat kaki ni,kuar umah terus nk jalan.xtggu ibu dia nk kunci pintu.xnk masuk keta pun sebab nk jalan pijak batu kat depan umah...kena pujuk dulu.bila saya umah BS je terus jalankan dia tp xnk masuk umah lak...nk diri kat pagar je...ibu nk masuk umah letak barang pun dia xnak ikut...sudah pandai itu budak comel...seronok tgk keletah dia..danish..danish...luv u so much my son

          Bila Bayi Sembelit - mengawalnya....

          BRAT.......

          apakah itu BRAT...actually saya xtahu pun apa tu BRAT sebelum ni...tp setelah join group HSFFYB kt FB,baru lah saya tahu apakah dia...he...he...
          Diet BRAT adalah dengan mengawal pemakanan bagi bayi/anak2 terkena cirit-birit ataupun sembelit...kerana makanan ini membantu untuk membuat najis menjadi keras (so amat sesuai la yang kena cirit cirit tu kan...) manakala bagi yang mendapat sembelit,hendaklah mengelakkan makanan tersebut (bagi mengelakkan najis menjadi bertambah keras)
          apa itu BRAT
          Bananas = pisang,
          Rice = beras,
          Applesauce = sos epal
          Toast = roti bakar
          * digunakan bila bayi mengalami cirit-cirit
          Dan apabila bayi sembelit, elakkan makanan di atas dan hendaklah menambah makanan yg mengandungi banyak serat seperti
          • aprikot
          • prun
          • pic
          • plum
          • pear
          • kacang peas  ( untuk senang ingat, saya ingat bagi makanan yang bermula huruf P...:))
          tapi.....walaupun sos apple tidak boleh diberikan kepada bayi yang sembelit, jus apple boleh diberikan...malahan ianya amat bagus untuk bayi yang sembelit..my Danish pernah mengalami sembelit yg boleh tahan amat teruk hingga saya xsanggup melihat dia meneran kesakitan....saya juga bagi danish minum air rebusan prun..hari2 saya bekalkan dia jus prun buatan sendiri....sehari sebotol penuh saya bagi....alhamdulillah,my Danish sudah tidak sembelit...saya amat lega skrg...


          08 February, 2012

          Nak kenalkan telur

          Updated cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)
          kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
          - telur kena pastikan betul2 masak
          - boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

          ... Cara nk intro:Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
          Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
          Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
          Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
          Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
          Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama
          (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
          Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
          Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

          18 January, 2012

          Blender Baru.....

          he..he...bestnya...encik suami belikan blender baru...sgt suka..saya suka,saya suka...:D dia ada rezeki lebih n utk memudahkan si isteri ni watkan makanan utk Danish...mmg senang n mudahla..walaupun baru guna semlm,tp mmg aku suka la coz senang nk blender makanan danish..nanti la saya upload gambo kat sini.bertambah minat nk masak yg macam2 utk danish.semlm masakan dia makaroni sup...dgn berselera dia mkn.siap x cukup lagi...minta tambah.nasib ada baki yg lum di blender,so tinggal blend je la :) nangis2 dia nk lagi...he..he..so xperlu la masak bubur nasi je selalu...leh pelbagaikan makanan utk danish sekarang...semangat2 ni.ada masa nanti nk upload gambo n resepi danish lak

          10 bulan

          25hb ari tu danish genap 10 bulan n baru semlm bawa g klinik (03/01/2012)..berat danish naik skit jek...hu..hu..7.6kg...bulan lepas ada g timbang beratnya dh 7.9kg...gara2 demam ari tu,berat danish dah turun..sian anak ibu ni.alhamdulillah nurse xde ckp pape...nurse ckp danish demam coz nk ringankan badan n nak pandai jalan.so far danish tetap aktif cam biasa.cuma sakit susah nk buang air besar nya yg masih ada lagi...sian lak aku tgk dia meneran tu.sayu rasa hati.mcm2 dh aku cuba n tanya kat org...kdg2 dh ok tp tetiba nanti dia jadi balik...dugaan sungguh utk anak ku itu...aku amat berharap dia x sakit camtu lagi.xsampai ati aku nk melihatnya..itu la naluri seorg ibu...aku sanggup amik sakit dia,jgn la anak ku itu yg menanggung.dlam doa2 ku,aku selalu berdoa moga anak ku sentiasa sihat,membesar menjadi anak yg soleh,beriman,taat perintah NYA...amin...