11 December, 2014

Hujung Minggu

Hari ni dah hari khamis....yeaaaaaaa.....sok dh cuti ujung mggu...he..he...actually dh xsabo nk mengemas n angkat barang ke rumah baru...perancangannya mggu ni nk hantar barang2 kecik ke rumah baru kami.walaupun belum siap sepenuhnya lagi, tp kontraktor dh janji 15/12 ni mesti dh siap, klu tak siap dia suruh baling batu kat dia...ha..ha...kami nk baling batu kat keta dia jek...hu..hu...insha Allah akan siap n kontraktor dh bagi kunci spare untuk kami wat lawatan tapak ke rumah...

Yang paling penting ada misi besar yang ingin dilakukan...harap2 berjaya la. tak boleh crita dulu, kena tunggu dah berjaya baru boleh bgtau bersama barang bukti...ha..ha...berlagak je bunyi..incik suami cuti jumaat, sabtu n ahad, so blh la mengemas barang2 yang byk kat umah tu...moga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. tak sabo nk duk umah baru sebenarnya. rumah sendiri, hasil penat lelah keje...dh mula potong duit umah,sob..sob...gaji dalam slip dah tinggal sikit...waaaaaaa...danish n damia, jangan kaco ibu nk kemas brg tau, klu nk tolong blh gak...kemas barang mainan yang byk tu...he..he..

k...tggu kemunculan misi besar itu..adakah berjaya atau tidak, kita TUNGGU.....:)



Family 1st...

10 December, 2014

Sarapan Pagi

Setiap hari,tiap pagi rutin harian adalah buat sarapan untuk dibawa oleh permata hati ku ke rumah pengasuh..Rajin tak...he..he...dah jadi kebiasaan dari danish mula pandai makan sampai lah sekarang ni danish dah 3tahun++ dan damia setahun++ masih meneruskan rutin pagi itu. Ada gak x berkesempatan untuk masak atas sebab2 tertentu (bangun lambat la...he..he..)tapi akan ke kedai utk belikan sarapan utk mereka.

Bukan apa, mereka berdua tu mmg akan makan pagi dan tak nak susahkan pengasuh utk sediakan makan pagi utk mereka...Lagipun kalau blh nk anak2 makan air tangan ibu mereka.Dah la tak dapat nk suapkan mereka sarapan kan, at least adalah air tangan ibunya kat makanan tu...

Seperkara lagi, sarapan tu kan penting. Jadi kena pastikan anak2 biasakan diri mereka utk amik sarapan pagi sebab bila mereka dah sekolah nanti klu blh nk mereka sarapan pagi sebelum ke sekolah. Biar ada tenaga n cergas bila ke sekolah dan tak belajar dalam keadaan lapar...Hebat tak impian ibu Sri ni :) Tiap ibu mahukan yang terbaik utk anak2 mereka. So, cuba buat yang terbaik utk mereka. Cara dan apa pendekatan yang digunakan adalah terpulang kepada individu.

Macam sis Sri ni tiap2 malam my Danish akan request apa nk mkn sok pagi...klu ada bahan boleh la buatkan,tp klu bahan xde biasa akan pujuk n cakap kat dia xdapat buat sebab xde barang, lum g kedai beli. so bagi cadangan menu lain kat dia...Mcm malam tadi. danish ckp nk spageti kuah putih, tp bahan mmg xde. yang ada nasi putih banyak lebih dinner n cakap kat dia sok mkn nasi goreng udang...he..he...alhamdulillah dia setuju...jadinya sok kena buatkan spageti kuah putih la utk dia...Spageti ni mmg feveret dua beradik ni...g pizza sepinggan mereka berdua je yg mkn...tak dapatla ibu dia nk share...sob..sob...sebab ibu nya pun suka gak...ha..ha..

MASAKLAH UTK KELUARGA TERCINTA


14 October, 2014

Mood nak kemas umah.....:)



Tips Kemas Rumah (kes nak pindah rumah baru)
Berpindah rumah boleh menimbulkan stress. Nak packing, nak organize, sewa lori, sogok kawan2 untuk tolong... macam- macam! Berikut ada beberapa tips untuk mempermudahkan proses berpindah rumah.

1. Dapatkan kotak2 percuma dari kedai2 runcit. Biasana pekedai akan longgokkan di hadapan kedai untuk dibuang, just minta kebenaran jer. Jimat, tak perlu beli kotak.

2. Ambil gambar cable/wayar barangan elektronik sebelum dicabut dan dimasukkan dalam kotak, nanti senang nak rujuk bila nak pasang balik.

3. Pakaian biarkan tergantung dengan hanger sekali, masukkan kesemuanya ke dalam plastik bag sampah hitam yang besar, wrap elok2 dan labelkan.
Bila dah sampai nanti senang, just buka dan gantung terus.

4. Asingkan satu kotak untuk simpan barang2 kegunaan untuk keesokan harinya seperti beberapa baju, beberapa pinggan mangkuk, toiletries dan apa saja yang dirasakan perlu untuk kegunaan keesokan hari selepas berpindah. Tak perlu selongkar semua kotak untuk mendapatkannya.

5. Gunakan pinggan foam untuk packing pinggan2 kaca.

6. Guna wrapper plastik untuk wrapkan almari berdrawer, biarkan barang2 dan baju2 di dalamnya, mudah bila dah sampai just buka plastic wrap jer.

7.
Potong kotak dan buat 'separator' dan packkan segala gelas dan cawan.

8. Jangan campur aduk barangan bilik2 berbeza dalam kotak yang sama, nanti pening kepala nak susun balik.

9. Masukkan skru, bolts dan sebagainya ke dalam plastik ziplock dan labelkan, nanti nak pasang balik perabot tu senang sikit.

10. Potong tepi kotak bentuk segitiga untuk dijadikan 'handle' senang nak angkat kotak.

11. Gunakan gelung getah untuk elakkan pintu tertutup dan terkunci dari dalam. Senang nak keluar masuk.

12. Asingkan produk2 bercecair untuk elakkan barang2 basah kalau tertumpah.


Selamat berpindah randah dan deko rumah baru!



31 March, 2014

Jangan Berhenti Berharap dan Berdoa - MH370

MH370
Sayu...sebak...sedih...pilu.....segala tu akan terkesan di hati ni bila teringat kan MH370...walaupun tidak mengenali pun mereka yang berada di dalam pesawat tu, tp saya cukup terkesan dengan misteri kehilangan tu.

Bila tgk tv, ari2 bercerita mengenai kehilangan pesawat tu. lagi bertambah sebak bila di bacakan luahan hati seorang isteri kepada salah seorg krew pesawat tu. memang mengalir air mata ni. saya pun seorang isteri dan juga seorang ibu. mana mungkin naluri seorang wanita yang bergelar isteri n ibu ni x tersentuh...sampai kan my danish tanya "ibu, kenapa ibu nangis??? ibu sedih tgk kapal terbang ilang...itu jawapan saya kepada  danish..

Sehingga la ke hari ni, perasaan tu masih sama lagi. masih x blh menahan perasaan bila ada luahan hati ahli keluarga penumpang or krew pesawat tersebut. mungkin saya tidak berada ditempat mereka, tp sebagai seorang insan saya turut bersedih atas kehilangan itu. Apa yang boleh dilakukan adalah terus berharap dan berdoa moga akan ada KEAJAIBAN yang akan berlaku. kerana sehingga ke ari ini, kita semua masih tidak tahu apa yang terjadi kepada MH370...tiada satu bukti kukuh pun yang mengatakan ia terhempas. yang ada hanya lah teori semata-mata.

sebagai seorang manusia, kita perlu percaya bahawa tiada yang mustahil di dalam dunia ini jika dengan izin NYA...dan saya masih percaya n berharap yang mereka semua adalah selamat. Mereka tiada di dalam lautan hindi...itulah yang saya percaya sehingga ke hari ini.mereka akan muncul dan memberitahu dunia ini apa yang telah terjadi pada 08 Mac 2014.

Dunia di luar sana sedang cuba mengaitkan pengganas dengan islam dengan mengatakan bahawa Malaysia adalah sarang pengganas....itulah Yahudi yang jahat dan sentiasa ingin menghapuskan orang islam

Papepun, saya mendoakan moga segala urusan SAR akan dipermudahkan oleh NYa..dan kepada keluarga dan krew pesawat MH370, kuatlah menghadapi semua dugaan ini. dan teruslah sama2 kita berdoa dan berharap. Jangan berhenti berharap.

YA ALLAH, YANG MAHA BERKUASA...DENGARLAH PERMOHONAN DARI KAMI...MOGA SEGALA URUSAN BERKAITAN MH370 DIPERMUDAHKAN.JUGA LINDUNGILAH BUMI MALAYSIA INI......AMIN


PRAY FOR MH370....


22 July, 2013

Madu

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY


Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

... Kenapa tidak selamat?Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Ramadhan sebagai IBU

Alhamdulillah...sudah masuk ari ke 13 arini. Setakat ni masih diberi kekuatan dan kesihatan utk berpuasa. Cuma sejak dari awal pose lagi damia asyik berak2 jek.tak tahula nape.lepas minum susu je dia teruk membuang....eeemmmm...mula2 cam nak risau gk, tp incik suami kata xde pape la tu n damia pun xde la nangis2 menunjukkan dia sakit perut. Hopefully damia sihat2 je la.

Anak dah 2 ni haruslah kuat utk menjalani rutin harian sebagai seorg isteri,ibu dan juga pekerja...hu..hu..agak penat gak sebab nk sesuaikan diri dgn rutin baru (sebab baru naik keje pada 03/07/2013 setelah bercuti selama 3 bulan). dah sedap duk umah kan, tu yang agak malas n manja skit :)....susu utk damia masih cukup lagi cuma jumlah yang dipam bagi tiap sesi adalah skit...mungkin sebab pose n penat kot..klu masa cuti dulu tiap kali pam akan penuhla dua2 botol tp kat opis susah nk dpt. tp saya harus berfikir positif...(bulan pose sgt kurang minum air masak n makan pun xterjaga sgt) InsyaAllah lepas ni akan cuba utk buat jadual pemakanan supaya makan lebih terjaga n cukup segala keperluan makan (ewahh....kena rajin2 skit masak makanan yang lengkap)

Danish dan damia sihat2 je. Hopefully mereka akan terus sihat sentiasa. Maklumlah dalam keadaan cuaca yang tak berapa cantik sekarang. jap2 panas,jap2 sejuk...(ari ni kuar g pejabat pos tgk cuaca cam jerebu je...berkabus walaupun dh tghari...)

Ada beberapa perkara yang masih lum tercapai utk dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan ni..dah masuk 10 hari kedua ni,harus paksa diri utk lakukan nya...hope terlaksanalah niat tu...kuat2...caiyunk2...

mood : rindu kat Amirul Danish & Umairah Damia

03 December, 2012

Macam2 ragam...

Lama tul tak update kat sini...he..he...
sekarang ni sudah 20 minggu dah...jap je rasanya.dah bulan 12 pun. x lama lagi nk masuk tahun 2013. Sungguh cepat masa berlalu.umur pun makin meningkat.
Danish skrg ni manja nya blh la tahan.kena sabar n kuat2 je. Sebab asyik nk dukung je kejenya. Budak nk dpt adik memang camtu katanya. Manja nya terlebih. xpe la....nanti dh dpt adik dia dh berkongsi ibu...(tapi ibu ttp takkan abaikan danish) insyaAllah....akan cuba yang terbaik. xnak dia rasa terabai n tersisih.kena wat persediaan fizikal n mental utk menghadapi karenah 2 orang anak lepas ni. Moga aku diberi pertolongan dan kekuatan dari NYA utk jadi yg terbaik utk keluarga ku....amin :)
Semlm adalah ari ahad (02/12/12) 1st time aku g jalan2 berdua dgn danish jek...hu..hu...kami kuar umah kul 11 lebih.xde g mana2 pun, cuma g BP Mall jek.sian lak kat danish asyik duk umah jek.nak cuba bawa dia jln2 tanpa ayahnya. Alahamdulillah, danish pandai bawa diri. xde meragam pun kat sana. kami jalan2 jek.xde beli pape pun. sebab danish nak mainan, jadinya kena elakkan kedai mainan la...he..he...nasib anak ku itu makan dipujuk.dh penat jalan2 kami g mkn.mula2 nk mkn kat pizza hut tp org terlalu la ramai n xde bangku kosong, jadi terpaksalah g mkn kat tempat lain. Akhirnya mkn kat MK...mkn bubur n mee goreng n kentang wedget. tp last2 mee goreng dibawa balik....sebab ibu danish dh kenyang...he..he...org tamak kan :D
dalam kul 2.30ptg kami gerak balik. Baru dlm 10 minit, danish dh tertido. penatnnya anak ibu tu...sampai umah dlm kul 3 gak la. danish terus sambung tido....baiknya anak ibu tu....GOOD BOY....
Danish, ibu sayang danish....nanti lain kali, klu ibu sihat n xde halangan, kita jalan sesama lagi ye.yg penting danish ok cam semlm, insyaAllah ibu leh bawa :)