22 July, 2013

Madu

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY


Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

... Kenapa tidak selamat?Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Ramadhan sebagai IBU

Alhamdulillah...sudah masuk ari ke 13 arini. Setakat ni masih diberi kekuatan dan kesihatan utk berpuasa. Cuma sejak dari awal pose lagi damia asyik berak2 jek.tak tahula nape.lepas minum susu je dia teruk membuang....eeemmmm...mula2 cam nak risau gk, tp incik suami kata xde pape la tu n damia pun xde la nangis2 menunjukkan dia sakit perut. Hopefully damia sihat2 je la.

Anak dah 2 ni haruslah kuat utk menjalani rutin harian sebagai seorg isteri,ibu dan juga pekerja...hu..hu..agak penat gak sebab nk sesuaikan diri dgn rutin baru (sebab baru naik keje pada 03/07/2013 setelah bercuti selama 3 bulan). dah sedap duk umah kan, tu yang agak malas n manja skit :)....susu utk damia masih cukup lagi cuma jumlah yang dipam bagi tiap sesi adalah skit...mungkin sebab pose n penat kot..klu masa cuti dulu tiap kali pam akan penuhla dua2 botol tp kat opis susah nk dpt. tp saya harus berfikir positif...(bulan pose sgt kurang minum air masak n makan pun xterjaga sgt) InsyaAllah lepas ni akan cuba utk buat jadual pemakanan supaya makan lebih terjaga n cukup segala keperluan makan (ewahh....kena rajin2 skit masak makanan yang lengkap)

Danish dan damia sihat2 je. Hopefully mereka akan terus sihat sentiasa. Maklumlah dalam keadaan cuaca yang tak berapa cantik sekarang. jap2 panas,jap2 sejuk...(ari ni kuar g pejabat pos tgk cuaca cam jerebu je...berkabus walaupun dh tghari...)

Ada beberapa perkara yang masih lum tercapai utk dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan ni..dah masuk 10 hari kedua ni,harus paksa diri utk lakukan nya...hope terlaksanalah niat tu...kuat2...caiyunk2...

mood : rindu kat Amirul Danish & Umairah Damia