14 October, 2014

Mood nak kemas umah.....:)



Tips Kemas Rumah (kes nak pindah rumah baru)
Berpindah rumah boleh menimbulkan stress. Nak packing, nak organize, sewa lori, sogok kawan2 untuk tolong... macam- macam! Berikut ada beberapa tips untuk mempermudahkan proses berpindah rumah.

1. Dapatkan kotak2 percuma dari kedai2 runcit. Biasana pekedai akan longgokkan di hadapan kedai untuk dibuang, just minta kebenaran jer. Jimat, tak perlu beli kotak.

2. Ambil gambar cable/wayar barangan elektronik sebelum dicabut dan dimasukkan dalam kotak, nanti senang nak rujuk bila nak pasang balik.

3. Pakaian biarkan tergantung dengan hanger sekali, masukkan kesemuanya ke dalam plastik bag sampah hitam yang besar, wrap elok2 dan labelkan.
Bila dah sampai nanti senang, just buka dan gantung terus.

4. Asingkan satu kotak untuk simpan barang2 kegunaan untuk keesokan harinya seperti beberapa baju, beberapa pinggan mangkuk, toiletries dan apa saja yang dirasakan perlu untuk kegunaan keesokan hari selepas berpindah. Tak perlu selongkar semua kotak untuk mendapatkannya.

5. Gunakan pinggan foam untuk packing pinggan2 kaca.

6. Guna wrapper plastik untuk wrapkan almari berdrawer, biarkan barang2 dan baju2 di dalamnya, mudah bila dah sampai just buka plastic wrap jer.

7.
Potong kotak dan buat 'separator' dan packkan segala gelas dan cawan.

8. Jangan campur aduk barangan bilik2 berbeza dalam kotak yang sama, nanti pening kepala nak susun balik.

9. Masukkan skru, bolts dan sebagainya ke dalam plastik ziplock dan labelkan, nanti nak pasang balik perabot tu senang sikit.

10. Potong tepi kotak bentuk segitiga untuk dijadikan 'handle' senang nak angkat kotak.

11. Gunakan gelung getah untuk elakkan pintu tertutup dan terkunci dari dalam. Senang nak keluar masuk.

12. Asingkan produk2 bercecair untuk elakkan barang2 basah kalau tertumpah.


Selamat berpindah randah dan deko rumah baru!