08 February, 2012

Nak kenalkan telur

Updated cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)
kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

... Cara nk intro:Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama
(1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu